Bila perlu servis berkala?
Mengikut jadual biasa Perodua, servis dibuat setiap 10,000 km atau 6 bulan, mana yang dahulu. Kereta baharu menjalani pemeriksaan pertama pada 1,000 km (kecuali Alza). Sentiasa rujuk buku servis kereta anda untuk jadual tepat.
Laman utama kami ada kalkulator servis seterusnya: masukkan tarikh dan bacaan km servis terakhir, dan ia kira tarikh serta km servis berikutnya.
Apa dalam servis berkala
- Penukaran minyak enjin dan penapis minyak tulen Perodua
- Pemeriksaan keseluruhan kenderaan mengikut jadual servis
- Kerja tambahan ikut km servis, dengan harga anggaran dipaparkan sebelum anda tempah
Tempah servis berkala
- Tekan Tempah servis online.
- Pilih model dan km servis (ikut odometer atau buku servis).
- Pilih tarikh dan masa.
- Terima pengesahan melalui WhatsApp.
Harga yang dipaparkan ialah anggaran ikut jadual rasmi Perodua. Lihat harga servis untuk model anda.
Waktu operasi
| Isnin – Jumaat | 8:15 pagi – 5:00 petang |
| Sabtu | 8:15 pagi – 1:15 petang |
| Ahad & cuti umum | Tutup |
Alamat & hubungi
Perodua Service Bundusan (KK1)
NT 9100, HSK Industrial Centre, Jalan Bundusan, Penampang,
89500 Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon: 088-701140 / 088-701141
WhatsApp: 011-1308 3810
Soalan lazim
- Berapa km sekali perlu servis?
- Setiap 10,000 km atau 6 bulan, mana yang dahulu, mengikut jadual biasa Perodua. Rujuk buku servis kereta untuk jadual tepat.
- Kereta baharu bila servis pertama?
- Pemeriksaan pertama pada 1,000 km untuk semua model kecuali Alza.
- Adakah alat ganti dan minyak tulen digunakan?
- Ya. Semua kerja guna alat ganti dan minyak tulen Perodua supaya waranti kereta terjaga.
Lihat juga: Servis Perodua Penampang